Salah
Reputasi digital anda menggambarkan reputasi anda di dunia nyata. Pastikan anda mengutamakan kedua-duanya.
Semakin canggih teknologi digital, semakin penting untuk kita menjaga reputasi digital kita yang semakin berkembang. Maklumat yang dikongsikan tentang diri kita tersedia untuk sesiapa sahaja dan semua orang boleh melihat dan memuat turunnya; jejak digital anda kekal selamanya.
10 perkara yang perlu diketahui tentang reputasi dalam talian:
- Jangan keliru— Apa yang dikongsi dalam talian, akan kekal dalam talian meskipun anda telah memadamnya. Internet tidak dilengkapkan dengan butang memadam.
- Kandungan yang dimaksudkan untuk kawan-kawan anda boleh menjadi masalah jika dikongsikan di luar kumpulan.
- Imej dan kata-kata boleh disalahtafsirkan dan diubah semasa ia diedarkan.
- Jangan menggadaikan reputasi dalam talian anda dengan cubaan melakukan kontroversi.
- Sesiapa sahaja boleh memuat turun foto anda yang tidak senonoh atau menangkap skrin hantaran peribadi anda yang mungkin menyinggung orang lain.
- Hanya berkongsi sesuatu dalam talian semasa anda berfikiran jelas. Jauhi media sosial jika anda sedang marah atau kecewa.
- Tingkah laku negatif di Internet boleh memusnahkan persahabatan, perhubungan mahupun prospek bekerja.
- Lakukan carian di Internet untuk nama anda, dan ketahui reputasi dalam talian anda.
- Lindungi reputasi digital anda dengan menetapkan ciri privasi pada akaun media sosial anda.
- Tetapkan Makluman Google bagi nama anda— anda akan menerima e-mel bila-bila masa nama anda disebut dalam talian.
JADILAH PENGGUNA INTERNET YANG BIJAK
Ketahui caranya melalui segmen interaktif
Tahukah Anda?
Reputasi digital yang anda terjejas boleh dipulihkan.
Tukar tetapan privasi media sosial anda dan padamkan hantaran yang memberi masalah kepada anda. Minta orang lain atau pentadbir laman tersebut padam hantaran yang negatif
tentang anda. Berhenti berkawan dengan individu yang mencemarkan reputasi anda atau reputasi
orang lain.
Kambus reputasi digital yang tejejas.
Kerap buat hantaran yang benar dan positif tentang diri anda, seperti projek bermanfaat dan kreatif,
penerimaan anugerah, dan perkhidmatan komuniti. Ini akan membantu meningkatkan
reputasi anda dalam talian secara positif.
Pn. J bekerja di Syarikat ABC. Baru-baru ini, dia telah bertelingkah dengan rakan sekerjanya tentang sebuah projek. Apakah tindakan beretika yang Pn.J boleh lakukan di media sosial?
Pos di media sosial tentang hari yang mencabar di tempat kerja tanpa mendedahkan butiran.
Pos di media sosial tentang hari yang mencabar di tempat kerja dan mengkritik rakan sekerjanya.
Meninggalkan ulasan yang buruk di halaman media sosial syarikat tersebut.
Berkongsi gambar rakan sekerjanya untuk memburukkannya.
Pn. J patut menjauhi media sosial sehingga kemarahannya reda.
BETUL!
SALAH!
Pn. J patut menjauhi media sosial sehingga kemarahannya reda.