Anda mungkin fikir orang di profil media sosial mereka adalah orang yang sebenar.
Pengguna Internet cenderung untuk menerima interaksi dalam talian seadanya. Dengan sedikit siasatan, anda mungkin mendapati keputusan yang mengejutkan.
Kebanyakan pengguna Internet hari ini memiliki sekurang-kurangnya satu akaun media sosial. Namun, adakah gambar yang digunakan di profil mereka menggambarkan orang yang sebenar di sebalik profil tersebut?
Berikut adalah cara untuk mengesan profil palsu:
- Profil menggunakan kata kunci seperti “Prince”, “Duda”, “Kerabat Diraja”, “Jurutera/ Arkitek”, “PhD”, atau lokasi bandar di negara maju.
- Hanya mempunyai satu gambar profil dan orang di dalam gambar tersebut itu adalah terlebih menarik atau seksi.
- Mereka mencuri gambar keluarga atau kawan anda, menyamar sebagai mereka dan menghantar semula imej tersebut dengan tarikh terkini.
- Garis masa media sosial mereka mengandungi berita atau maklumat palsu.
- Profil mempunyai beribu ataupun hampir tiada langsung hubungan sosial.
- Profil masih baharu tetapi mempunyai beribu-ribu pengikut.
- Mereka bersikap terlalu terbuka atau menggoda semasa berbual dengan anda.
- Mereka meminta maklumat peribadi atau maklumat sensitif anda.
JADILAH PENGGUNA INTERNET YANG BIJAK
Ketahui caranya melalui segmen interaktif
Tahukah Anda?
Penipu akan cuba memerangkap anda melalui Facebook!
Penipu mencipta akaun palsu dengan menggunakan gambar kawan mangsa. Dengan menyamar melalui akaun ini, penipu memberitahu mangsa bahawa mereka telah kehilangan telefon dan meminta nombor telefon mangsa untuk dimasukkan ke telefon baru. Mangsa kemudian menerima kod pengesahan dan memberikannya kepada 'kawan' tersebut. Sebenarnya penipu menggunakan butiran mangsa untuk membuat pembelian dalam talian dan mereka hanya akan dapat tahu apabila menerima bil bulanan.
Berhati-hati dengan 'Love Scam'
Penipu jenis ini menggunakan gambar yang menarik dan mencipta profil palsu untuk menarik mangsa menjalinkan hubungan dengan mereka. Mula-mula, mereka akan mendapatkan perhatian mangsa, dan membina keyakinan mereka sebelum mangsa akhirnya ditipu untuk menyerahkan wang, butiran kad kredit mahupun imej atau video lucah (mangsa akan diperas ugut untuk membayar wang).
Which of the following can you do to protect yourself from a fake profile user?
Berikan semua butiran yang diminta oleh mereka.
Lindungi profil anda dengan kata laluan yang kuat dan pengesahan dua faktor.
Terima permintaan berkawan tanpa memeriksa profil mereka.
Letakkan semua maklumat anda pada akaun anda.
Cipta profil lain untuk berkawan dengan mereka.
BETUL!
SALAH!
Secure your profile with a strong password and two factor authentication.