Maklumat peribadi adalah maklumat yang sulit dan sensitif tentang diri kita. Keselamatannya harus dikawal dengan ketat.

Dunia Internet sering meminta kita berkongsi maklumat peribadi. Contohnya, ketika mendaftar akaun e-mel atau media sosial, atau menetapkan destinasi penghantaran dalam talian.

Maklumat peribadi kita boleh disalahgunakan seperti kecurian identiti, memproses transaksi dalam talian tanpa kebenaran, atau ancaman keselamatan terhadap anda atau orang tersayang.

Jadi, ianya amat penting bagi pengguna Internet untuk mengamalkan kawalan privasi.

  • Jangan beritahu maklumat peribadi anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, alamat, atau nombor akaun bank anda kepada sesiapa kecuali kepada pihak berkuasa rasmi.
  • Tentusahkan permintaan untuk maklumat peribadi dengan menghubungi nombor telefon perkhidmatan pelanggan syarikat tersebut yang didapati daripada laman web syarikat.
  • Berhati-hati apabila anda diminta memberikan maklumat peribadi sebelum mengakses laman web yang ‘menyeronokkan’. Ia mungkin dikendalikan oleh penjenayah siber untuk mencuri maklumat bagi tujuan jenayah.
  • Jangan terlebih kongsi. Elakkan berkongsi terlalu banyak gambar anda, terutamanya yang tidak sesuai dengan norma masyarakat. Jangan lupa mematikan kamera web selepas menggunakannya.
  • Kebanyakan media sosial menyediakan ciri berkongsi lokasi untuk pengguna "daftar masuk" di lokasi tertentu. Meskipun menyeronokkan, ciri ini boleh menarik perhatian pengendap untuk menjejaki lokasi anda jika digunakan terlalu kerap.
  • Urus dan kemas kini tetapan privasi anda supaya hantaran dan perkongsian anda dalam talian hanya boleh dilihat oleh orang yang dipercayai seperti keluarga dan kawan.
  • Lupuskan peranti elektronik sewajarnya. Peralatan anda mungkin masih mengandungi data dan fail peribadi. Pastikan anda padamkan semua data, buang semua akaun, dan lakukan tetapan semula kilang (factory reset) sebelum menjual semula, membuang atau memberi peralatan anda kepada orang lain. Bagi komputer, gunakan program yang menulis ganti data (overwrite) berbilang kali untuk memastikan semua data dipadamkan.
JADILAH PENGGUNA INTERNET YANG BIJAK
Ketahui caranya melalui segmen interaktif
Tahukah Anda?
Hantaran anda di media sosial boleh membayangkan butiran log masuk anda.
Penjenayah siber mencari 1001 cara untuk memperolehi butiran log masuk anda, termasuk memerhatikan hantaran media sosial anda. Maklumat ini boleh dimasukkan ke dalam perisian perengkah kata laluan (password cracking) untuk mengakses.
Anda boleh meminta untuk memuat turun butiran peribadi dan aktiviti anda di laman media sosial.
Dengan kerap menyemak data anda di media sosial, anda dapat mengurus berapa banyak maklumat peribadi yang boleh diambil oleh pihak ketiga seperti pengiklan dan penyedia aplikasi.
Apa Yang Harus Dilakukan?

En. X akan bercuti di luar negara. Apakah yang patut beliau lakukan?
Beritahu butiran percutian kepada kawan rapat dan keluarga sahaja.
Siarkan gambar pasport dan butiran penerbangan di laman media sosial.
Daftar masuk lokasi semasa di dinding media sosial.
Beritahu nombor kad kredit kepada hotel melalui e-mel.
Log masuk ke perbankan dalam talian menggunakan komputer awam di lapangan terbang.

CORRECT!