Maklumat yang diterima melalui media sosial dan aplikasi mesej tidak selalunya benar dan tepat, meskipun ia dihantar oleh orang yang dikenali.
Meskipun Internet memberi kita akses pada maklumat dengan pantas, kita patut berhenti seketika dan tanya: Adakah maklumat itu sahih? Ketahui cara menentusahkan maklumat yang diterima dalam talian:
Menilai Maklumat
- Sumber. Lihat asal usulnya bolehkah sumber itu dipercayai?
- Faham. Fahami apa yang dibaca. Cari fakta bukannya pendapat.
- Selidik. Cari maklumat melangkaui sumber awal. Periksa dan bandingkan dengan pelbagai sumber lain.
- Nilai. Cari keseimbangan. Buat pertimbangan yang adil dan saksama.
Periksa Sumber Maklumat
- Kewibawaan. Siapakah pengarangnya? Apakah latar belakang dan kelayakan pengarang tersebut?
- Liputan. Apakah topik yang dibincangkan oleh sumber tersebut? Adakah topik tersebut dibincangkan secara mendalam atau ringkas?
- Tempoh masa. Bilakah sumber itu diterbitkan? Adakah ia telah dikemas kini baru-baru ini?
- Matlamat. Mengapa penulis menulis mengenai topik tersebut? Apakah yang beliau mahu capai melalui penulisan tersebut?
VIDEO: SEMAK FAKTA
VIDEO: DAPATKAN MAKLUMAT YANG TEPAT
VIDEO: JANGAN KONGSI KEBOHONGAN