Sama ada disedari atau tidak, sebahagian besar kehidupan kita beroperasi di dunia siber di mana semua data peribadi kita disimpan.
Walaupun anda mungkin tidak menganggap perbuatan anda sebagai sesuatu rahsia, anda tidak mungkin mahu orang yang tidak dikenali membaca e-mel anda, memeriksa maklumat peribadi yang tersimpan di komputer anda, atau menggunakan komputer tersebut untuk menghantar e-mel palsu atau menyerang komputer orang lain.
Penggodam mahu mengawal komputer anda supaya mereka boleh menggunakannya untuk melancarkan serangan ke atas sistem komputer lain. Dengan ini mereka dapat menyembunyikan lokasi sebenar mereka semasa melancarkan serangan tersebut, selalunya terhadap sistem berprofil tinggi seperti sistem kerajaan atas kewangan.
Tanda-tanda komputer anda telah dicerobohi:
- Tingkap atau kotak timbul (pop ups) dan amaran mengatakan komputer anda dijangkiti virus dan memerlukan perlindungan. Jangan klik pada amaran tersebut kerana ini boleh menyebabkan lebih banyak pop up. Sebaliknya, tekan butang CONTROL, ALT, dan DELETE pada masa yang sama untuk melihat senarai program yang sedang berjalan dan padam amaran/pop up dari senarai tersebut.
- Kelajuan komputer atau pelayar Internet berjalan dengan perlahan atau tidak dapat bersambung ke Internet.
- Sebaik sahaja disambungkan ke Internet, semua jenis tingkap (windows) terbuka dengan sendiri.
- Pelayar Internet akan memaparkan halaman dan aplikasi yang belum diberi kebenaran atau diminta atau membuka laman web yang tidak diingini.
- Fail-fail hilang dan sistem keselamatan komputer dilumpuhkan.
- Komputer menggunakan bahasa yang pelik. Bahasa digunakan oleh aplikasi tertentu berubah, skrin terbalik, atau “serangga” pelik mula memakan desktop.
- Aplikasi di deskstop atau start menu tidak dilancarkan atau program lain dilancarkan dengan sendiri.
- Kehabisan ruang cakera keras (hard disk).
- Halaman utama pelayar berubah, bar alat (tool bar) tidak diingini tiba-tiba ada, atau pelayar tertutup dengan sendiri.
- Komputer mula beroperasi di luar kawalan atau tertutup dengan sendiri.
- Program atau sistem komputer selalu mengalami kerosakan, atau kemunculan skrin biru.
Garis panduan keselamatan komputer:
- Padam e-mel yang tidak diketahui. Jangan sesekali muat turun atau buka lampiran yang diragui atau tidak dijangka penerimaanya.
- Pasang firewall untuk mencegah penggodam daripada mendapat akses kepada komputer anda. Komputer anda terdedah kepada dijangkiti virus atau perisian intip (spyware) jika anda melayari laman web lucah, judi, dan sepertinya.
- Minimumkan storan. Jangan simpan maklumat sensitif pada peranti mudah alih, melainkan ia dilindungi dengan baik.
- Elakkan mengklik iklan yang tidak diketahui atau tidak biasa dilihat.
- Pastikan komputer anda dilindungi dengan antivirus bereputasi baik serta “tampalan” (patches) dan pengemaskinian keselamatan yang diperlukan. Lakukan imbasan virus setiap hari atau seminggu sekali.
- Berhati-hati dengan peranti disambungkan ke komputer anda. Banyak atur cara virus dilancarkan secara automatik sebaik sahaja peranti, contohnya USB, disambungkan ke komputer.
- Lindungi rangkaian tanpa wayar anda daripada di”tumpang”oleh penggodam.
- Pastikan kawasan persekitaran anda selamat sebelum meninggalkan komputer anda tanpa pengawasan.
- Gunakan kata laluan yang senang diingat tapi kukuh untuk semua akaun dalam talian anda.
- Matikan atau log keluar komputer anda apabila tidak diguna. Pastikan ia hanya boleh dihidupkan semula dengan menggunakan kata laluan.
- Elakkan perisian p2p atau perkongsian fail perangkai padan peer-to-peer. Anda mungkin memuat turun lagu yang mempunyai perisian hasad dalam fail tersebut.
Ketahui caranya melalui segmen interaktif
Anda mendapati perisian yang tidak dikenali telah dipasang di komputer kerja anda. Adakah anda:
memberitahu jabatan IT mengenainya?
mengirimnya semula kepada orang lain?
membuka perisian tersebut?
abaikannya dan teruskan bekerja?
padamkannya?
BETUL!
SALAH!
Memberitahu jabatan IT mengenainya