Adakah anak anda bersikap pelik semasa menggunakan komputer atau telefon pintar?
Membuli adalah masalah serius. Tahukah anda seseorang itu boleh dibuli dalam talian?
Buli siber atau gangguan siber adalah sejenis buli yang berlaku dalam talian. Ia dilakukan melalui teks, imej atau video untuk memalukan, mengugut, atau memaki haman mangsa. Mangsa mungkin mendapati sukar untuk melarikan diri kerana pembuli siber ini gigih mengganggu di Internet. Kesan kepada mangsa termasuk rasa rendah diri, membahayakan diri sendiri, ssukar mempercayai orang lain dan perubahan dalam personaliti.
Cegah pembulian siber:
- JANGAN kongsi maklumat peribadi anda dalam talian.
- WASPADA! Nada dan niat mesej anda boleh disalahtafsir.
- ELAK hantar atau panjangkan mesej yang jelik, mengancam atau yang menggunakan bahasa kesat.
- ABAI dan jangan jawab mesej dari si pembuli.
- PADAM atau NYAHAKTIF akaun di mana anda dibuli atau tinggalkan media sosial jika anda diancam atau diugut.
Langkah-langkah menangani buli siber:
- Jangan melawan. Jangan hiraukan si pembuli, atau tinggalkan saja bilik sembang tersebut.
- Laporkan kepada pentadbir laman dengan menggunakan saluran pelaporan laman tersebut.
- Minta bantuan dan nasihat daripada orang dewasa atau pihak berkuasa.
- Beradab. Mengumpat atau 'mengutuk' orang lain meningkatkan risiko pembulian siber terhadap anda.
- Simpan bukti. Buat tangkap layar (screenshot) mesej gangguan untuk dikemukakan kepada mereka yang boleh membantu atau pihak berkuasa.
- Minta bantuan. Hubungi MCMC di aduanskmm.gov.my untuk melaporkan kes buli siber. Jika ia melibatkan ancaman fizikal, laporkan segera kepada pihak polis.
- Jadilah penegak keadilan. Pertahankan mangsa buli dar terus dibuli dengan teruk atau laporkannya kepada orang dewasa yang dipercayai atau pihak berkuasa.
VIDEO: FIKIR SEBELUM BERTINDAK
JADILAH PENGGUNA INTERNET YANG BIJAK
Ketahui caranya melalui segmen interaktif
Did You Know?
Kanak-kanak melihat buli siber dengan pandangan yang berbeza.
Kanak-kanak mungkin tidak dapat mengenal pasti tindakan menghantar atau menerima mesej, video, atau imej yang tidak senonoh; atau berkongsi gambar atau video orang lain tanpa kebenaran mereka; atau membuka akaun palsu dengan menggunakan gambar orang lain sebagai perlakuan buli siber.
Akses yang berterusan kepada Internet atau media sosial mengundang buli siber.
Bila mana buli fizikal terhenti apabila mangsa keluar daripada kawasan sekolah, buli siber mengekori mangsa selama mana mereka mengakses Internet atau media sosial. Internet membantu pembulian menjangkau jarak fizikal, di mana orang yang tidak dikenali pun boleh terlibat.
Ramai ibu bapa tidak menyedari anak-anak mereka dibuli di Internet.
Apakah langkah yang boleh diambil untuk melindungi anak anda?
Biarkan mereka terus berbual dengan pembuli siber.
Larang mereka menggunakan Internet.
Ajar anak anda cara untuk membuli balik.
Salahkan anak anda kerana tidak membela diri sendiri.
Rujuk kepada "langkah-langkah Menangani Buli Siber" seperti di atas.
BETUL!
SALAH!
Refer to langkah-langkah Menangani Buli Siber seperti di atas.